Dalam sejarah
tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak
mengakui adanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak
disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, “Akulah
tuhan kamu yang maha tinggi.”
Orang-orang
kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang
terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka
tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang Maha Esa.
Segala seruan
Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia hiraukan, malah pernah suatu
ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak
panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan
bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan pada rakyat jelata bahawa ia telah
membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang
Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia bertambah kufur dengan
kesombongan dan kekafirannya.
Seluruh
rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pasti
dibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut dan tidak mempunyai pilihan
kecuali menyembahnya.
Walaupun
seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, ada seorang yang paling dekat
hubungan dengan dirinya berani mengingkarkan dirinya sebagai tuhan iaitu
istennya sendiri, Asiah.
Dialah
satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia
keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan
perkataan “Allah” yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja.
Firaun
berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: “Wahai
isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan?
Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!”
JawabAsiah
dengan tegas: “Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang
akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah
sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”
Firaun
berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil,
lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: “Hai Asiah, jika engkau tidak mahu
mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!”
Jawab Asiah:
“Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak
akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan
bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”
Setelah usaha
mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil,
lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan
akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai
tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran
bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.
Pada masa yang
telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah
diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba
memujuknya.
Katanya:
“Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan.” Berulang kali pula
Asiah menjawab: “Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia
sahaja perbuatanmu.”
Lalu Asiah
memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah
At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: “Dan Allah mengemukakan satu misal
perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika
ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan
selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku
daripada kaum yang zalim.”
Permohonan
Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat:
“Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka
perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti
dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan
Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”
Maka malaikat
pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada
ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah
menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah
tersenyum.
0 komentar :
Posting Komentar