Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda: “Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan
perbaikilah niatmu didalamnya.”
Hadith dari Usamah ra: Aku berkata; Ya Rasulullah SAW aku tidak pernah
melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan bulan ini seperti puasa dalam bulan
Syaaban.” Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang
kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan. Syaaban adalah
satu bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan seru sekalian
alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan
puasa.”
Dikatakan bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit memiliki dua
malam hari raya, sebagaimana orang-orang Islam di bumi memiliki dua hari raya.
Hari raya bagi para malaikat ialah pada malam Bara’ah iaitu malam nisfu Syaaban
dan malam lailatul Qadar, dan raya bagi orang-orang Islam di bumi ialah pada
han raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
As-Subki dalam tafsirnya menyatakan: “Sesungguhnya malam Nisfu Syaaban itu
menutup dosa-dosa setahun, malam jumaat menutup dosa seminggu dan malam
Lailatul Qadar menutupkan dosa seumur hidup.”
0 komentar :
Posting Komentar