Dari Abu
Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka
wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik
saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang
yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan
datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan
sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila majlis
berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah
SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu
semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang
dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan
tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui
tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT
mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai
para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para
malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT
bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata
para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
Berfiman Allah
SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan
apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat:
"Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon
bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu
supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para
malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?"
Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman:
"Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon
supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."
Kemudian para
malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun
kepadaMu," Allah SWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku
mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta
membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata
malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang
penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang
berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga
dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang
celaka."
0 komentar :
Posting Komentar