KHASIAT AMALAN ASMA UL HUSNA
1. "Ya Allah..!"
apabila
dizikirkan 500 x setiap malam..terlebih lagi setelah sholat tahajjud
atau sholat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar dalam mencapai
segala yang diniatkan..
2."Ya Rahman..!"
apabila
dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x.. maka hati kita akan
menjadi terang..tenang dan sifat-sifat pelupa ..gugup akan hilang dengan
izin Allah..
3."Ya Rahim..!"
apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap hari..InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik
yang besar sekali hingga manusia merasa cinta dan kasih sayang terhadap
kita...
4. "Ya Malik!"
apabila dizikirkan sebanyak
121 x setiap pagi atau setelah terbenam matahari..segala perkerjaan yang
dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang
diridhai Allah...
5. "Ya Quddus!"
apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari..maka hati kita
akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong,..iri
hari..dengki dll.
6. "Ya Salam!"
apabila dizikirkan
sebanyak 136 x..InsyaAllah jasmani dan rohani kita akan terhindar dari
segala penyakit hingga badan menjadi segar sehat dan sejahtera...
7. "Ya Mukmin!"
apabila
dizikirkan sebanyak 236 x..InsyaAllah diri kita keluarga dan segala
kekayaan yang miliki akan terpelihara dan aman dari segala macam
gangguan yang merusakkan..
8. "Ya Muhaimin!"
apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah shalat fardhu
Isya..Insyaallah fikiran dan hati kita akan menjadi terang dan bersih..
9. "Ya 'Aziz!"
apabila
dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh.. InsyaAllah kita akan
menjadi orang yang mulia..disegani orang karena penuh kewibawaan...
10."Ya Jabbar!"
apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi dan sore..semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah..
11. "Ya Mutakabbir!"
apabila
dizikirkan sebanyak 662 x..maka dengan kebijaksanaan bertindak kita
akan dapat menundukkan semua musuh..bahkan mereka akan menjadi pembantu
yg setia..
12."Ya Khaliq!"
dibaca mengikut kemampuan
atau sebanyak 731x.. InsyaAllah yang ingin otak cerdas..cepat menerima
sesuatu pelajaran..amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat
tangkap (faham)...
13."Ya Baarii'!"
sekiranya kita
berada didalam kesulitan atau sedang sakit..dibaca sebanyak 100 x selama
7 hari berturut-turut.. InsyaAllah kita akan terlepas dari kesulitan
dan sembuh dari penyakit tersebut..
14."Ya Musawwir!"
sekiranya
seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak..maka cobalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga
Sabtu..Di waktu hendak berbuka puasa..ambil segelas air & dibacakan
"Ya Musawwir" sebanyak 21 x..kemudian diminum untuk berbuka puasa. Bagi
sang suami hendaklah berbuat yang sama tetapi hanya dengan berpuasa
selama 3 hari..Kemudian pada waktu hendak berjimak..bacalah zikir ini
sebanyak 10 x..InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh..
15."Ya Ghaffaar!"
sambil
beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu sholat Jumaat..InsyaAllah
akan diampunkan dosa-dosa kita..
16."Ya Qahhaar!"
dizikir
menurut kemampuan atau sebanyak 306 x..maka hati kita akan dijaga dari
ketamakkan dan kemewahan dunia.. InsyaAllah orang-orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!"
dizikir
sebanyak 100 x sesudah sholat fardhu..barang siapa yang selalu didalam
kesempitan..Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa
pun akan hilang..
18. "Ya Razzaq!"
dizikir mengikut
kemampuan sesudah sholat fardhu khususnya sholat subuh..Insya Allah akan
dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat..Rezeki akan datang
tanpa diduga!! tetapi perlu dilakukan dengan ikhtiar..
19. "Ya Fattah!"
dizikir sebanyak 71 x sesudah sholat subuh..InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah..sehingga mudah menerima nasehat agama..
20. "Ya 'Aalim!"
dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah.. Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!"
dizikirkan 100 x setiap hari..maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan lepas dari segala bentuk ancaman..
22. "Ya Baasithu!"
Bagi
mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain.. kuatkanlah usaha itu
dengan memperbanyak membaca zikir ini setiap hari..InsyaAllah rezeki
akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!"
dizikirkan
sebanyak 500 x setiap hari..dalam keadaan suci..khusyuk &
tawaduk..InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah..Juga apabila
mempunyai musuh..musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!"
dizikirkan
setiap har..baik siang atau malam sebanyak 70 x..InsyaAllah keselamatan
harta benda di rumah..di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat
dan terhindar dari kecurian...
25. "Ya Mu'izz!"
dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari..Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar..
26. "Ya Muzill!"
Perbanyakkanlah
zikir ini setiap hari..sekiranya ada orang berhutang pada kita dan
sulit untuk memintanya.. InsyaAllah si penghutang akan sadar dan
membayar hutangnya kembali..
27. "Ya Samii'!"
Sekiranya
inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita
tajam..biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan..lebih-lebih
lagi sesudah shalat Dhuha..InsyaAllah doa akan mustajab..
28. "Ya Bashiir!"
Dizikirkan
sebanyak 100 x sebelum shalat Juma'at.. InsyaAllah akan menjadikan kita
terang hati..cerdas otak dan selalu diberikan taufik hidayah dari
Allah..
29. "Ya Hakam!"
dizikirkan sebanyak 68 x
pada tengah malam dalam keadaan suci..InsyaAllah dapat membuka hati
seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama dan membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama..
30. "Ya Adllu!"
dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu..InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil..
31. "Ya Lathiif!"
Dengan
memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan..InsyaAllah bagi para
peniaga ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan
maju..
32. "Ya Khabiir!"
Dengan memperbanyakkan
zikir ini setiap hari.. terkandung faedah yang teramat banyak sekali
sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu
dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama..
33. "Ya Haliim!"
Dizikirkan
sebanyak 88 x selepas solat lima waktu..bagi mereka yang mempunyai
kedudukan di dalam pemerintahan..syarikat atau apa saja..InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau
tergugat..
34. "Ya 'Aziim!"
dizikirkan sebanyak 12 x
setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit..InsyaAllah
akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan
lalu diusap-usap pada seluruh badan..maka dengan izin Allah akan
terhindar dari gangguan jin..syaitan dan sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!"
bagi
orang yang bertaubat hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan
mengakui dosa-dosa dan beriktikad untuk tidak mengulanginya..InsyaAllah
akan diterima taubatnya oleh Allah..
36. "Ya Syakuur!"
dizikirkan
sebanyak 40 x sehabis shalat hajat..sebagai pengucapan terima kasih
kepada Allah..InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.
Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak..
37. "Ya 'Aliy!"
Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal..tulislah zikir ini sebanyak 110
x (di dalam bahasa Arab ) lalu direndam pada air yang dingin dan
diberikan si anak meminumnya,..InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu
akan berubah cemerlang dan tidak dungu lagi..InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!"
Bagi
seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara
sesuatu fitnah,..maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah..
Lakukanlah sesudah shalat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!"
dizikir
sebanyak 99 x..InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan
binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!"
Sekiranya
kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau
di mana saja hingga sulit untuk mendapatkan bekalan makanan..maka
perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat dan
segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!"
Untuk
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jabat amalkan zikir ini
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit dan setelah sholat
Maghrib..InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang
gangguan.
42. "Ya Jaliil!"
Barangsiapa mengamalkan
zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir..InsyaAllah kita akan
mendapati perubahaan yang mengkagumkan ..perniagaan akan bertambah maju.
Andai seorang pegawai..maka tanpa
disadari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat.. begitulah seterusnya dengan izin Allah..
43. "Ya Kariim!"
Untuk
mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia mahupun di akhirat..maka
amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak tidur. Niscaya Allah
akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini..
44. "Ya Raqiib!"
Bagi
meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang
dikhuatirkan..maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh dan
sulit dijaga terhindar dari kecurian maupun gangguan
lainnya..Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!"
Sesungguhnya
Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya dan agar doa kita
mustajab..selalu diterima Allah..hendaklah mengamalkan zikir ini
sebanyak 55 x sesudah shalat subuh. Insyaallah akan dikabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!"
Apabila
di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi
dan sore..InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan
Allah..Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Allah akan menjaga
kita dari hasad dengki sesama makhluk..
47. "Ya Hakiim!"
Bagi
pelajar atau siapa saja yang memperbanyakkan zikir ini setiap
hari..InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas dan lancar didalam
menghafal serta mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x
setiap hari.
48. "Ya Waduud!"
Amalkan zikir ini
sebanyak 11000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan
yang senantiasa bernasib baik..disayangi dan rumahtangga kita akan
selalu berada dalam keadaan harmonis.
49. "Ya Majiid!"
Untuk
ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga senantiasa
menyayangi dan menghormati serta khasnya kita sebagai kepala
keluarga..maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x setelah itu tiupkan ke
kedua belah telapak tangan..lalu usap ke seluruh wajah..InsyaAllah semua
anggota keluarga kita akan menyayangi dan menghormati kita sebagai
kepala keluarga.
50."Ya Baa'its!"
Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada..InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah..
51. "Ya Syahiid!"
Apabila
ada di antara anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya..maka zikirkan sebanyak 319 x secara terus menerus setiap
malam hingga si pembangkang akan sadar dan berubah perangainya.
52. "Ya Haq"!
Perbanyakkan zikir ini..InsyaAllah sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman dan taat di dalam menjalankan perintah Allah..
53. "Ya Wakiil"
Sekiranya
terjadi hujan disertai angin ribut yang kencang atau terjadi
gempa..maka ketika itu perbanyakkan zikir ini..InsyaAllah bencana
tersebut akan menjadi reda dan kembali seperti sediakala..
54. "Ya Qawiy!"
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar bila berhadapan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!"
Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin karena mempunyai fadhilat yang besar
sekali..diantaranya untuk mengembalikan kekuatan hingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu..
56. "Ya Waliy!"
Barangsiapa
yang menjabat atau berkedudukan..maka sangatlah baik sekali mengamalkan
zikir ini sebanyak mungkin karena dengan izinNya..kedudukan kita akan
kukuh dan terhindar dari gangguan orang-orang yang bersifat dengki..
57. "Ya Hamiid!"
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahwa hanya Allah saja yang paling berhak menerima segala pujian..
58. "Ya Muhshiy!"
Seandainy
kita inginkan diri kita digolongkan dalam pertolongan yang selalu dekat
dengan Allah (muraqabah)..maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin
sesudah shalat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!"
Agar segala apa yang kita rencanakan akan berhasil.. maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari..InsyaAllah..
60. "Ya Mu'id!"
Andai
ada anggota keluarga yang hilang dan sebagainya.. amalkan zikir ini
sebanyak 124 x setiap hari sesudah shalat...InsyaAllah ditunjukkan
hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!"
amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari..InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan derajat dunia dan akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini,..InsyaAllah akan dipermudah dalam perniagaan..berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!"
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan..perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!"
Telah
berkata Imam Ghazali bahwa barangsiapa yang ingin memperoleh harta yang
banyak dan berkat..ingin dikasihi oleh setiap manusia..ingin
berwibawa..ditakuti musuh dan ingin menjadi insan yang terhormat..maka
berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000 x setiap malam
atau siang hari.. Hendaklah melakukannya secara terus menerus..Insya
Allah akan tercapai segala hajat..
65. "Ya Waajid!"
Andai ingin keperibadian yang kukuh..tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian..maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!"
Demi
kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran..maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.
67. "Ya Waahid!"
Bagi pasangan yang
belum mempunyai cahayamatadan dan sangat ingin untuk
menimangnya..amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai
menunaikan shalat 5 waktu selama satu bulan..selama itu juga hendaklah
berpuasa sunat senin Kamis..Insya Allah...
68. "Ya Somad!
Ketika
dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup..maka mohonlah
kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin..InsyaAllah diri akan
merasa segar
69. "Ya Qaadir!"
Apabila kita
berhajatkan sesuatu namun selalu gagal.. maka amalkan zikir ini sebanyak
305 x setiap hari..Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!"
Agar
tercapai tujuan yang dikehendaki..selain dari berikhtiar secara
lahiriah...maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa sanggup hingga
ikhtiar kita itu berhasil karena zikir ini akan mempercepat keberhasilan
hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!"
Menurut Imam Ahmad
bin Ali Al-Buuniy..beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan
zikir ini sebanyak 184 x setiap hari..InsyaAllah niscaya segala usahanya
akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"!
untuk meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!"
Barangsiapa
yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari..InsyaAllah segala
apa yang dihajatkan akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!"
Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah shalat 5 waktu selama satu bulan..InsyaAllah akan membuka pintu rezeki yang halal...
75. "Ya Dhaahir!"
Amalkanlah
zikir ini sebanyak 1106 x setelah shalat di tempat yang sunyi
(khalwat)..niscaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahasia
yang sulit dan sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!"
Seperti no. 75 juga..tapi amalkan sebanyak 30 x setelah shalat fardhu.
77. "Ya Waaliy!"
Memperbanyakkan
zikir ini setiap pagi dan sore agar seseorang itu menjadi orang yang
ma'rifat.. yaitu hatinya dibukakan oleh Allah..
78. "Ya Muta'aAliy!"
Sekiranya
kita akan menemui mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang
sulit untuk ditemui..maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu
mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya dan
segala hajat yang penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari.. InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!"
Bagi
orang yang selalu berbuat dosa dan ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyak zikir ini agar dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke
jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!"
Jika kita
berhadapan dengan orang yang zalim..supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita..maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir
ini setiap kali sesudah shalat fardhu. Insyaallah..kita akan mendpt
pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini..niscaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!"
Bagi
yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau siapa saja yang
memandangnya..amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang maupun
malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!"
Seseorang ketua yang
ingin kedudukanya tetap tanpa diganggu gugat..hendaklah selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah shalat fardhu dan 212 x
pada setiap malam selama sebulan..InsyaAllah akan mendapat pertolongan
Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!"
Amalkanlah
zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan..InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!"
Berzikirlah dengan zikir ini mengikuti kemampuan.. InsyaAllah akan dianugrahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!"
Sekiranya
ada dikalangan keluarga atau isteri kita yang lari dari rumah..maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga
Allah menyadarkan orang tersebut.Dengan izin Allah orang yang lari itu
akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!"
Amalkanlah
zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin.. InsyaAllah apa yang kita
usahakan akan cepat berhasil dan kekayaan yang kita peroleh akan
mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!"
Mintalah kekayaan
yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat kepada Allah dengan
memperbanyak zikir ini..InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!"
Andai
kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang
shalat subuh setiap hari.. InsyaAllah kita akan terhindar dari
orang-orang yang zalim dan suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!"
Asma
ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang sudah lama dihidapi dan diobati. Amalkanlah zikir ini
sebanyak 1001 x pada setiap hari..InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki
itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "!
Menurut
Imam Ahmad Al-Buuniy..barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari.maka
bagi orang yang sakit..sakitnya akan sembuh..dan bagi orang yang susah
akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!"
Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi.. barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung dan memperoleh kebaikan dunia maupun kebaikan di
akhirat kelak..maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap
pagi dan sore.
94. "Ya Haadiy!"
siapa yang
dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu.. kemudian ia
tersesat..hendaklah memohon petunjuk Allah dengan memperbanyak zikir
ini..Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari
kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!"
Andai kita
mempunyai rencana yang sangat penting dan memastikan rencana kita itu
berhasil serta berjalan lancar..maka berzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500 x setelah shalat fardhu...InsyaAllah akan diberikan
pertolongan hingga rencana kita berhasil dan berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!"
Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu..InsyaAllah dengan
ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi puncak rezeki tidak
akan mudah terlepas..perniagaan tidak akan rugi atau bangkrut berkat
zikir ini.
97. "Ya Waarits!"
Sekiranya kita berzikir
sebanyak 500 x setelah shalat fardhu atau sebagainya..supaya segala
urusan kita berjalan lancar..maka hendaklah pada setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707 x...InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan
memberi petunjuk hingga usaha kita berhasil dengan baik..
98. "Ya Rasyiid!"
Walaupun
kita tergolong dalam golongan otak yang cerdas.. namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin.. niscaya otak kita akan menjadi bertambah
cerdas.
99. "Ya Shabuur!"
Agar kita diberi kesabaran
oleh Allah dalam segala hal.. maka perbanyaklah zikir ini menurut
kemampuan. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah.. maka
segala usaha dan upaya akan mencapai
keberhasilan..
KHASIAT AMALAN ASMA UL HUSNA
23.27
|
Langganan:
Posting Komentar
(
Atom
)
0 komentar :
Posting Komentar