Sudah begitu
lama aku pendamkan.
Wahai
wanita, wahai jelita, wahai pemilik tulang rusuk ku.
Aku tidak
dapat menahan mataku daripada melihat kecantikan mu.
Aku tidak
dapat menahan mataku daripada melihat keindahan rupa mu.
Aku tidak
dapat menahan mataku daripada melihat keindahan yang ada pada dirimu.
Sesungguhnya
ALLAH telah jadikan dikau wahai wanita makhluk paling cantik
dipandang mata, sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata
di sekitarmu.
Aku tidak
dapat menahan diriku.
Wahai
wanita.
Kau pemilik
segala keindahan.
Kau tetap
indah dalam apa jua keadaan.
Kau tetap
cantik dalam apa jua keadaan.
Kau tetap
‘sexy’ dalam apa jua keadaan.
Maka dengan
itu.
Ingin sekali
diri ku yang hina ini merayu kepada mu.
Agar kau
labuhkan lah tudung mu.
Menutup
bahagian leher mu, dadamu.
Agar kau
longgarkan lah pakaian mu.
Menyembunyi
kan bentuk tubuh mu.
Kerana pada
kau lah wanita segala kacantikan.
Biarlah
segala kecantikan yang ada padamu itu.
Menjadi
tatapan buat suami tercintamu.
Kerana
syurgamu terdapat pada suam mu.
Maka
taatilah suamimu wahai wanita.
Jagalah
aibmu hanya untuk suamimu.
Jagalah
keindahan, kecantikan, perawan mu hanya untuk suamimu.
“…dan
memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…” An Nur
[24:31]
Wahai
wanita.
Seindah
hiasan dunia adalah wanita solehah.
Yang menjaga
auratnya daripada pandangan mata lelaki ajnabi.
Yang akan
menjadi perhiasan buat suaminya.
Yang akan
membantu kaum adam.
Untuk
menjaga iman mereka.
Sayangilah
mereka.
Kerana pada
salah satu daripada merekalah yang akan memimpin mu ke syurga firdaus.
Kasihanilah
mereka wahai jelita.
Benarkan
mereka merasai zat ALLAH yakni syurga
Benarkan
mereka merasai nikmat hidup di syurga dan dunia dengan aman.
Jagalah
aurat mu.
Jagalah
maruah mu.
Supaya tidak
menyeksa kaum Adam
Sayangilah
mereka
Kerana
mereka juga Saudara se Islam kita
Benarkan
kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH.
Ku hanya
mencari keredhaan ALLAH
Ku hanya
ingin mencari keampunan daripada ALLAH.
Ku hanya
ingin mencari kehidupan akhirat yang indah di mahligai jannah.
Ku hanya
ingin dikau wahai wanita dan juga kaum ku wahai kaum adam merasai nikmat syurga
ALLAH bersama.
Ku hanya
inginkan perubahan bersama.
Kejam bagi
diriku melakukan perubahan keseorangan.
Janganlah
kita bebankan lagi dosa kita.Begitu juga wahai kaum adam termasuk diri ku.
Jagalah
pandangan mata kalian.Bukannya salah kaum hawa mahupun kaum adam.ALLAH menguji
hambaNya.Kawal lah nafsu.Kawal lah bisikan syaitan.Kawal lah diri.Jaga lah
iman.Jaga lah hati.
Insyaallah
0 komentar :
Posting Komentar